HIDAYAH LESTARI AGRO
TARDING adalah sebuah syarikat milik penuh 100%
bumiputera. Syarikat menjalankan perniagaan pemprosesan makanan. Pada tahun
2008 ,syarikat memulakan perniagaan
ini secara kecil-kecilan dengan
menyewa sebuah rumah kedai. Setelah produk keluaran syarikat mendapat perhatian
dan permintaan dari pelangan, syarikat telah memperuntukkan RM 75 ribu bagi
membina bangunan pemprosesan sendiri. Pada masa yang sama pihak JABATAN PERTANIAN telah memperuntukkan
sebanyak RM 75 ribu bagi menanpung pembinaan bangunan pemprosesan yang
dilengkapi teknologi moden. Syukur alhamdullilah, maka terbinalah sebuah
bangunan pemprosesan makanan dan peralatan berteknologi meden yang bernilai RM
150 ribu dengan kerjasama dari Jabatan Pertanian. Dengan terbinanya bangunaan
yang berteknologi ini, syarikat telah berjaya mengeluarkan produk yang menepati
piawaian akta makanan 1983 dan peraturan-peraturan makanan 1985 serta
mengamalkan separuh amalan pengilang yang baik( GMP ). Syarikat juga turut
dibimbing oleh SIRIM, FAMA, SMIDEC, MPC, MARA, TEKUN, KPDN&HEP DAN JHEAIK
dan JAKIM. Dengan terbinanya kilang pemprosesan ini dapat membantu memajukan kampong
gerak desa wawasan dan memberi peluang
pekerjaan kepada penduduk setempat. Kami
percaya dengan pengalaman dan kemudahan yang ada kami dapat memberi
perkhidmatan yang setanding dengan lain-lain
syarikat dalam bidang ini. Semoga dengan sokongan dan bimbingan yang
diberikan oleh mana-mana pihak akan membantu memajukan lagi perniagaan kami dan
seterusnya membantu Negara dalam mencapai wawasan sebuah Negara islam yang maju
sebagai Hub Halal Makanan Negara & Dunia Islam
No comments:
Post a Comment